|
W3C
Set Semula Kurangkan size teksSet semula saiz teksBesarkan saiz teks
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Carian Terperinci



Muat Turun Lampiran
:
 6
 Muat Turun
Kompilasi Hasil Geran Penyelidikan LPPKN 2025
Jenis Item: Laporan penyelidikan
Pengarang: 
Pengarang: 
Penyunting: 
Tey, Nai Peng and
Mahmud, Adzmel and
Mohammad, Ahmad Hashimi and
Abdul Razak, Ahmad Rasyidee and
Zainal Abidin, Aini Fazana and
Hashim, Mohd Shukri and
Shafiai, Raudhatul Mahfuzah and
Mohammad Fuzi, Nur Ashikin and
Sukarno, Nur Syafira and
Ahmad Idris, Nor Fahizahtul Liana and
Harun, Nur Nabila and
Tahun:  00/08/2026
Abstrak:  Pelaksanaan Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) 2025 memberi penekanan kepada penghasilan dapatan yang bukan sahaja bersifat ilmiah, tetapi juga praktikal dan boleh dilaksanakn. Sebanyak 20 penyelidikan yang dihasilkan merangkumi pelbagai isu kritikal termasuk kestabilan institusi perkahwinan, kesejahteraan keluarga, cabaran kesuburan serta keperluan sistem sokongan social yang lebih efektif. Dapatan ini menyediakan asas yang kukuh kepada pembuat dasar, pelaksana program dan rakan strategik dalam merancang intervensi yang lebih berfokus, berimpak dan berorientasikan hasil. Penetapan skop penyelidikan yang jelas telah membolehkan setiap kajian menyumbang secara langsung kepada penambahbaikan dasar, perancangan program dan pembangunan intervensi yang lebih efektif
 
 
:
 6
 Muat Turun Semua


Muat Turun Lampiran
:
 7
 Muat Turun
Establishment of a National Family Registry in Malaysia: Enhancing Governance Through Family Data Management
Jenis Item: Item Persidangan atau Bengkel
Pengarang: 
Huspi, Sharin Hazlin and
Salim, Naomie and
Zainal, Anazida and
A.Iahad, Noorminshah and
Zakaria, Noor Hidayah and
Osman, Mohd Zamri and
Pengarang: 
Penyunting: 
Tahun:  00/07/2026
Abstrak:  Kajian ini menilai kebolehlaksanaan penubuhan Daftar Keluarga Kebangsaan (DKK) di Malaysia sebagai mekanisme strategik untuk memperkukuh tadbir urus, penyampaian perkhidmatan, dan analisis dasar yang berasaskan data keluarga bersepadu. Kajian ini mencadangkan satu model integrasi yang menyatukan rekod penting seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, perceraian, serta struktur isi rumah ke dalam satu pangkalan data berpusat. Kajian ini dijangka menghasilkan rangka kerja dasar tadbir urus data, model konseptual tadbir urus data bersepadu, serta pelan hala tuju pelaksanaan DKK. Secara keseluruhan, kajian ini berpotensi menyokong transformasi digital negara melalui peningkatan keselamatan data, kecekapan pentadbiran, dan keupayaan penyampaian perkhidmatan social yang lebih inklusif dan responsive
 
 
:
 7
 Muat Turun Semua


Muat Turun Lampiran
:
 5
 Muat Turun
Keibubapaan : ketakutan tertinggal (FOMO) atau ketenangan bebas (freedom glow)? satu kajian emosi dan psikologi dalam keputusan perkahwinan tanpa anak
Jenis Item: Item Persidangan atau Bengkel
Pengarang: 
George Albert, Wanda Klyah and
Bali, Norafifah and
Ayub, Norzihan and
Sombuling, Agnis and
Yusof, Husmiati and
Abdul Razak, Ahmad Rasyidee and
Mamat, Suszma Khairitszi and
Pengarang: 
Penyunting: 
Tahun:  00/07/2026
Abstrak:  Kajian ini bertujuan mengenal pasti tipologi keputusan reproduktif, meneliti factor-faktor yang mempengaruhi keputusan hidup tanpa anak, membandingkan tahap Parenting Fear of Missing out (Parenting FOMO), Freedom Glow dan tekanan sosio-budaya mengikut tipologi keputusan reproduktif, serta meneroka pengalaman emosi individu yang hidup tanpa anak. Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang mempengaruhi keputusan reprodukti, diikuti faktor kerjaya, autonomi, kesihatan dan aspirasi hidup. Kumpulan Childless by Condition mencatatkan tahap Parenting FOMO dan tekanan sosio-budaya yang lebih tinggi, manakala kumpulan Childfree by Choice menunjukkan tahap Freedom Glow yang lebih tinggi.
 
 
:
 5
 Muat Turun Semua